Assalammualaikum
Semoga perjalanan untuk aku menghabis sesi "belajar" ini akan dipermudahkan.
Di satu fasa permulaan yang berlainan bidang, membuat aku jadi terkapai-kapai. Sudah hampir 2 minggu aku bergelar pelajar pascasiswazah di sebuah U di kota metropolitan ini.
Berlainan bidang? Ye, aku tukar bidang.. dari Diploma hingga ke Sarjana bidang ku sama iaitu IT. Tapi setelah beberapa perkara berlaku aku nekad untuk redah dan terima apa sahaja peluang yang ada di depan mata aku. 3 tahun adalah minima, namun aku amat berharap aku dapat menghabiskannya dengan lebih cepat.
Di sini aku tidak ramai kenalan, mujur la si jantung hati ada di sini, dapat jugalah berjalan-jalan. Bila si dia tidak ada (kerja luar), maka aku menguruskannya semua sendiri dan sesekali aku akan keluar bersama rakan yang baru aku kenal.
Berada di peringkat pengajian yang tinggi begini membuatkan aku sedar bahawa pengorbanan itu bukan sahaja masa dan wang ringgit malah kasih sayang juga. Aku berdoa agar aku dapat berbakti pada mak dan ayah aku sementara ada waktu.
Semoga aku sentiasa diberikan kesempatan.. INSHA ALLAH
Comments
Post a Comment